BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

AZRI_AKEN® DAN AMIRZ AIZUDDINZ®

AZRI_AKEN® DAN AMIRZ AIZUDDINZ®

Thursday, 18 August 2011

TENTANG IKAN PELAGA


Ikan pelaga juga dikenali sebagai ikan sekilau adalah salah satu dari ikan hiasan air tawar yang popular di Malaysia. Ikan ini dikenali dengan nama sains, Beta splendens. Dalam Bahasa Inggeris, ikan ini disebut "siamese fighting fish". Ada banyak spesi ikan pelaga. Jenis tempatan tidak mempunyai sirip yang panjang. Jenis yang mempunyai sirip yang panjang berasal dari Sungai Mekong. Sebab itulah ikan ini dikenali sebagai “Sekilau Siam” atau “Siamese fighting fish’. Di sekitar Sungai Mekong ikan ini dikenali sebagai pla-kad atau pla-kat yang bermaksud ikan menggigit dalam Bahasa Siam. Jangan salah tanggapan bahawa nama saintifiknya berasal dari perkataan Yunani ‘Beta’. Sebenarnya Betta bukan berasal dari perkataan Yunani. Ia sebenarnya berasal dari perkataan ‘Ikan bettah’. Ikan pelaga mempunyai panjang kira-kira 6 cm. Ada juga jenis yang mencapai sehingga 8.0 cm. Akhir-akhir ini, ada juga pembiak yang berjaya menghasilkan ikan yang melebihi 8 cm. Walaupun ikan pelaga dikenali dengan warna yang pelbagai dengan sirip yang panjang, jenis asal mempunyai sirip yang pendek dengan warna yang kurang terang, iaitu kehijauan dan perang tua. Ikan pelaga dari jenis ini masih boleh ditemui dalam paya di sekitar Malaysia. Kini jenis yang lebih popular mempunyai warna yang terang dengan sirip yang panjang. Jenis yang popular ialah veiltail, delta, superdelta, dan halfmoon. Ikan pelaga adalah ahli kumpulan ikan sepat (Gourami) (keluarga Osphronemidae) dalam order Perciformes. Sebelum ini ia diklaskan bersama Anabantidae. Ada lebih dari 50 jenis betta yang lain, misalnya ikan Karim. Bagaimanapun, Betta splendens adalah jenis yang paling popular di kalangan penggemar ikan hiasan.

PANDUAN MEMELIHARA BETTA


Pada asalnya Betta memerlukan air dengan pH rendah sekitar 5-6.5 untuk hidup dengan baik. Kini kebanyakan Betta yang dihasilkan secara komersial di negara kita telah dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai pH air. Bekalan air domestik yang neutral juga sesuai untuk ternakan Betta. Ikan jantan yang terpilih boleh dipelihara dalam botol minuman kecil secara individu untuk mengelakkan dari dicederakan oleh ikan yang sejenis dengannya. Ikan betina boleh dipelihara bersama ikan-ikan lain yang toleran seperti Rasbora, Angel dan neon tetra. Elakkan dari ikan yang gemar menggigit sirip ikan lain (fin nipper) seperti half-red eye tetra, atau tiger barb.
Betta ialah sejenis omnivor dan boleh diberi sebarang makanan termasuk plankton, cacing, jejentik dan pellet. Ia adalah ikan tahunan (annual fish) dan hayatnya lebih kurang satu atau dua tahun. Adalah tidak digalakkan untuk mengeluarkan wang ratusan atau ribuan ringgit hanya untuk membeli seekor ikan yang diidamkan. Berbeza pula jika anda membelinya untuk dijadikan induk yang bakal mengeluarkan hasil berlipat kali ganda.

PERLU DIAMBIL KIRA SEMASA MEMBIAKKAN BETTA


Jika ikan betina belum bersedia, ikan jantan akan mencederakannya sehingga mati. Jika ikan jantan belum bersedia menerima ikan betina atau sarang buihnya belum siap disediakan ianya juga akan bertindak ganas terhadap ikan betina. Sebaliknya jika betina telah bersedia tetapi jantan belum lagi, ikan betina pula akan bertindak agresif terhadap ikan jantan. Sekiranya jantan masih belum menyiapkan sarangnya kadang kala betina akan melepaskan telurnya tanpa disenyawakan oleh ikan jantan.

Langkah-langkah untuk membiakkan Betta:



Tidak kira sama ada jenis biasa atau ?fancy? asas membiakkan Betta adalah serupa. Berikut dinyatakan beberapa langkah untuk membiakkan Betta:

1. Pra pembiakan (Conditioning)
Induk jantan dan betina diasingkan, seekor jantan dipelihara di dalam sebuah bekas sementara betina di dalam akuarium secara komuniti. Pelbagai makanan boleh diberikan tetapi keutamaan ialah makanan hidup seperti Moina, ?tubifex worm? atau ?blood worm?.

2. Penyediaan tangki Pembiakan
Tangki berukuran 12?x10?x10? adalah memadai. Tangki diisi separuh penuh dengan air - air paip atau air hujan yang telah diheningkan. Di bahagian bawah tangki diletakkan satu keratan paip PVC 6? untuk induk betina bersembunyi ketika induk jantan bertindak aggresif.

3. Mencampurkan Induk
Mula-mula induk jantan dimasukkan ke dalam tangki pembiakan. Apabila ia telah membina sarang buih, ini menunjukkan kesediaanya untuk membiak. Untuk menggalakkan proses ini ikan betina boleh dimasukkan di dalam sebuah botol dan diletakkan di dalam tangki pembiakan untuk merangsang ikan jantan.

4. Membuat Sarang Buih
Ikan jantan membuat sarang buih dengan mengambil udara atmosfera dan menghembuskan satu buih yang berbaur dengan mucus dari dalam mulutnya. Buih-buih kekal ini atau bercantum antara satu sama lain membentuk segumpal sarang. Pada mula diperkenalkan akan berlaku pergaduhan antara induk jantan dan betina. Sehingga pada satu ketika apabila kedua-dua induk telah bersedia mengawan, ianya akan berada di bawah sarangnya dan mulai mengawan.

5. Pengawanan
Semasa mengawan ikan jantan dan betina akan membelitkan badannya antara satu sama lain. Ikan jantan akan memusingkan badan ikan betina beberapa kali sehingga telur matang dikeluarkan dan serentak dengan itu ikan jantan mensenyawakannya. Telur tersenyawa tenggelam ke dasar tangki. Ikan jantan memungutnya dan menghembuskannya ke dalam sarang buih. Buih yang rosak akan terus dibaiki oleh ikan jantan. Proses ini akan berulang-ulang dan mengambil masa 1 hingga 1? jam.

6. Penjagaan Telur
Sebaik sahaja selesai mengawan induk betina perlu dikeluarkan dari tangki pembiakan dan dirawat sekiranya mengalami kecederaan. Biarkan induk jantan mengawasi telur sehingga menetas.

7. Penjagaan Fry
Telur menetas selepas 24-30 jam. Ikan jantan sentiasa mengawasi sarangnya, membina semula sarang yang rosak, menangkap fry yang terlepas dan memasukkan semula ke dalam sarang. Selepas 3 hari fry akan berenang dan perlu diberi makanan. Makanan pertama terbaik untuknya ialah makanan semula jadi yang terdapat dalam air hijau (green water) yang boleh didapati dari air ternakan ikan seperti tilapia / keli yang telah lama. Kaedah lain ialah dengan menyediakan brine shrimp nauplii (Artemia) yang baru menetas. Setelah berumur 5 hari boleh diberi makanan rumusan berbentuk serbok. Fry berumur 7-10 hari perlu dipindahkan ke dalam tangki pemeliharaan yang lebih besar untuk pembesaran dengan diberi makan moina atau ?blood worm? yang dicincang. Tangki pemeliharaan tidak perlu diberi pengudaraan.

8. Pengasingan / Pembotolan
Setelah berumur 3 bulan ikan jantan mulai aggresif dan perlu diasingkan secara individu di dalam botol. Ikan betina boleh dipelihara dalam tangki secara komuniti. Untuk penghasilan komersial perlu dipastikan ruang yang mencukupi dan bekas yang banyak untuk menyimpan jantan.

Cara memelihara dan membiakkan Ikan laga




Minat memelihara ikan hiasan sentiasa berubah mengikut keadaan zaman. Sejak kebelakangan ini ikan laga (Betta) mendapat tempat di hati peminat ikan tidak kira dari kanak-kanak sehingga golongan dewasa. ?Trend? semasa ialah mendapat jenis ?fancy? untuk dijadikan hiasan atau dipertandingkan. Seekor ikan baka baru yang istimewa mencapai harga ribuan ringgit.

Betta splendens ialah nama saintifik yang diberi oleh Bleeker pada tahun 1850 diambil dari perkataan Jawa iaitu ?Wader Bettah?. ?Bettah? bermaksud sifatnya yang tahan lasak. Sebagai ikan yang membina sarang buih ketika membiak ikan jantan lebih menunjukkan sifat ?parental care? mengawasi anaknya sehingga mampu hidup sendiri.

Untuk membiakan ikan ini tidaklah terlalu sulit. Ianya dapat dijalankan sebagai aktiviti sambilan. Keperluan untuk membiakkanya ialah seperti tangki pembiakan, tangki pembesaran, sedikit ruang untuk memeliharanya disamping pengetahuan asas penjagaan induk dan frynya. Ramai orang telah berjaya membiakkannya baik secara sambilan, sepenuh masa atau komersial. Masing-masingnya ada teknik dan rahsianya tersendiri.

Jenis Ikan PElaga






Wednesday, 17 August 2011

Bagaimana membezakan antara Ikan Pelaga Jantan dan Ikan Pelaga Betina?

                                            Ikan pelaga betina


Secara amnya, ikan pelaga jantan memiliki warna yang lebih cerah dan lebih menarik, sirip dan ekornya lebih panjang, sirip punggung dan perut lebih lebar serta ukuran badannya lebih kecil dan perutnya lebih nipis. Manakala ikan pelaga betina pula mempunyai warna yang gelap sedikit, sirip dan ekornya pendek serta perutnya yang agak kembung.

tentang ikan pelaga II

Ikan Pelaga (betta splendens) dari Malaysia merupakan salah satu jenis ikan pelaga yang terbaik di Asia Tenggara khususnya. Terdapat dua jenis ikan pelaga iaitu ikan pelaga hiasan dan ikan pelaga lawan. Ikan Pelaga Hiasan memiliki ciri-ciri seperti badan yang cantik, sirip yang lebar serta panjang dan warna badan yang menarik. Manakala Ikan Pelaga Lawan pula mempunyai sirip dan ekor yang pendek, kepala besar, rahang dan gigi yang kuat, dan ketahanan badan yang kuat.
                                               Ikan Pelaga Lawan