BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

AZRI_AKEN® DAN AMIRZ AIZUDDINZ®

AZRI_AKEN® DAN AMIRZ AIZUDDINZ®

Friday 19 August 2011

Penjagaan secara komersial agak rumit.


Sebenarnya penjagaan ikan laga ini agak rumit dan cerewet terutamanya dari segi penjagaan air dan makanan yang merupakan dua aspek penting dalam memastikan peratus hidup anak-anak ikan laga tinggi. Air, contohya perlu digantikan dua hari sekali manakala makanan pula perlu diberikan sebanyak dua kali sehari.
Selain perlu memastikan kandungan air yang tidak terlalu banyak, ia juga perlu bebas daripada klorin sama ada menggunakan teknologi penapis atau ubat anti klorin yang boleh didapati di pasaran. Sekiranya menggunakan air paip biasa pula, ia perlu dibiarkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya selama 2 hingga 3 hari sebelum boleh digunakan.
Makanan pula diberikan pada sebelah pagi dan petang sama ada cacing merah atau jentik-jentik. Cacing merah ini juga boleh didapati di mana-mana kedai ikan hiasan dalam bentuk tablet dan perlu dibasahkan dahulu sebelum diberikan kepada ikan laga. Bagaimanapun,  tidak diggalakkan ikan laga diberi makan pallet kerana ia boleh menjejaskan kualiti air.
Ikan laga jantan lebih cantik dan lebih besar daripada betina dan kebiasaannya proses mengawan akan berlaku sebaik ikan laga mencapai umur kira-kira tiga bulan. Untuk tujuan mengawan, ikan laga jantan dan betina akan diletakkan di dalam bekas yang sama selama kira-kira dua hingga tiga hari dan proses mengawan dipastikan berlaku apabila ikan laga betina menjauhkan diri dari ikan laga jantan.
Ketika ini, ikan laga betina akan diasingkan dan ikan laga jantan akan dibiarkan menjaga telur-telur ikan tersebut di dalam buihnya sehingga menetas iaitu kira-kira beberapa hari kemudiannya. Sebaik menetas anak-anak ikan itu yang berjumlah beratus-ratus ekor akan diasingkan bagi mengelakkan ia di makan oleh ikan jantan dewasa dan diletakkan di dalam bekas yang lebih besar.

0 K0men LA ckit BRAderw....: