BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

AZRI_AKEN® DAN AMIRZ AIZUDDINZ®

AZRI_AKEN® DAN AMIRZ AIZUDDINZ®

Monday 29 August 2011

Ikan laga janjikan pulangan lumayan

Ikan laga janjikan pulangan lumayan

.
MEMANG agak pelik apabila mengetahui ada golongan wanita yang begitu berminat dengan ikan hiasanapatah lagi ikan itu pula adalah dari spesies BettaSplenden atau lebih dikenali sebagai ikan laga. Namun bagi Mariyati Abdullah, 54, dunia ikan hiasan bukan hak mutlak lelaki semata-mata malah beliau membuktikan lebih jauh lagi apabila menukarkan minatnya itu kepada sebuah perniagaan yang menguntungkan.
.
Membuka cerita ketika berkunjung ke kediamannya yang turut dijadikan kawasan penternakan ikan laga, Mariyati berkata, segala-galanya bermula daripada hobinya yang gemar membela ikan laga di rumah seperti kebanyakan orang. Hobinya itu juga telah mendorong beliau membeli lima pasang ikan laga dari Thailand yang kemudiannya membuka jalan kepadanya untuk menceburi dunia perniagaan dengan lebih serius.
.
Baka-baka ikan yang dibeli ketika itu terdiri daripada varieti halfmoon, crown tail, short tail, double tail dan fighting fish selain spesies ikan laga liar. Tanpa diduga ikan laga yang dibelinya itu membiak dengan pantas dalam masa yang cukup singkat memaksanya membina kawasan penternakan yang berasingan dan lebih besar di sebelah rumahnya.
.
Melihat kepada sambutan orang ramai serta menerusi bantuan seorang rakan yang sanggup menjadi pengedar, Mariyati kemudiannya tekad menukar hobinya itu kepada cabang perniagaan dan mengusahakan penternakannya bersungguh-sungguh sehingga pernah mencapai 10,000 ekor dalam satu-satu masa. “Menariknya mengenai penternakan ikan laga ialah, ia sentiasa mendapat sambutan di kalangan orang ramai selain tidak ramai pengusaha yang benar-benar mengusahakannya untuk tujuan pasaran,’’ ujarnya.
.
Namun beliau mengakui, penjagaan ikan laga ini agak rumit dan cerewet terutamanya dari segi penjagaan air dan makanan yang merupakan dua aspek penting dalam memastikan peratus hidup anak-anak ikan laga tinggi. Air misalnya perlu digantikan dua hari sekali manakala makanan pula perlu diberikan sebanyak dua kali sehari.
.
Selain dipastikan kandungan air yang tidak terlalu banyak, ia juga perlu bebas daripada klorin sama ada menggunakan teknologi penapis atau ubat anti klorin yang boleh didapati di pasaran. Sekiranya menggunakan air paip biasa pula, ia perlu dibiarkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya selama 2 hingga 3 hari sebelum boleh digunakan.
.
Makanan pula diberikan pada sebelah pagi dan petang sama ada cacing merah atau jentik-jentik dan beliau sendiri turut menghasilkan cacing merah sendiri menggunakan kaedah yang dipelajari dari seorang rakan. “Cacing merah ini juga boleh didapati di mana-mana kedai ikan hiasan dalam bentuk tablet dan perlu dibasahkan dahulu sebelum diberikan kepada ikan laga.
.
“Bagaimanapun, saya tidak menggalakkan ikan laga diberi makan pallet kerana ia boleh menjejaskan kualiti air,’’ katanya. Ikan laga tambah Mariyati, mampu membesar sehingga lima inci dengan jangka hayat hidup selama kira-kira dua tahun.
.
Ikan laga jantan lebih cantik dan lebih besar daripada betina dan kebiasaannya proses mengawan akan berlaku sebaik ikan laga mencapai umur kira-kira tiga bulan. Untuk tujuan mengawan, ikan laga jantan dan betina akan diletakkan di dalam bekas yang sama selama kira-kira dua hingga tiga hari dan proses mengawan dipastikan berlaku apabila ikan laga betina menjauhkan diri dari ikan laga jantan.
.
Ketika ini, ikan laga betina akan diasingkan dan ikan laga jantan akan dibiarkan menjaga telur-telur ikan tersebut di dalam buihnya sehingga menetas iaitu kira-kira beberapa hari kemudiannya. Sebaik menetas anak-anak ikan itu yang berjumlah beratus-ratus ekor akan diasingkan bagi mengelakkan ia di makan oleh ikan jantan dewasa dan diletakkan di dalam bekas yang lebih besar.
.
Menurut Mariyati, ikan laga mendapat sambutan yang menggalakkan ekoran kecantikan dan keunikan warna serta corak yang terlukis pada sayapnya dan harganya semakin tinggi sekiranya kedua-dua faktor tersebut semakin terserlah. Sayap ikan laga itu juga semakin menghampiri bentuk separuh bulan iaitu seperti kipas yang sangat cantik pada usia dua setengah bulan sehingga empat bulan iaitu tempoh yang paling cantik dan ditunggu oleh peminatnya.
.
Berdasarkan pengalamannya, beliau pernah menjual seekor ikan laga pada harga RM250 iaitu gred terbaik manakala ikan laga pada harga pertengahan pula mencecah sehingga RM100 hingga RM200. Bagaimanapun, pasaran ikan laga yang dikeluarkan oleh Mariyati lebih menjurus kepada peringkat penggemar biasa iaitu pada harga kira-kira RM30 dan ke bawah.
.
Ketika ini juga, jualan ikan laganya dalam seekor mencecah sehingga 3,000 hingga 4,000 ekor dan dijual secara kontrak dengan pengedar untuk di pasarkan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Malah, kawasan penternakannya juga tidak pernah sunyi dikunjungi oleh penggemar ikan laga yang datang dari setiap pelosok negeri untuk memilih sendiri ikan laga yang dihajati.
.
Selain menjalankan projek penternakan ikan laga sendiri, Mariyati turut mengambil upah membela ikan-ikan laga daripada individu lain seperti ikan laga liar yang baru sahaja diambil semula oleh tuan punya. Upah yang diperoleh daripada membela ikan laga ini juga tidak kurang lumayannya dan pernah mencecah sehingga RM600 hanya untuk tempoh beberapa bulan.
.
Sebagai perancangan masa depan, Mariyati bercadang untuk mendapatkan sebidang tanah dengan kerjasama Jabatan Perikanan bagi meluaskan lagi projek penternakan ikan hiasannya. “Sekiranya tiada halangan, kawasan baru itu nanti akan dibina berkonsepkan pameran dalam taman yang mana selain datang membeli ikan laga, pengunjung juga dapat melihat dengan lebih dekat kecantikan dan keunikan ikan laga ini,’’ katanya.
.
Malah, beliau juga yakin cita-citanya itu mampu dicapai apatah lagi dengan bantuan daripada Jabatan Perikanan dari segi penyediaan infrastruktur serta galakan yang diberikan supaya projeknya mampu dijadikan contoh dan rujukan kepada penternak baru.

Friday 19 August 2011

VAriAsi EK0R IKAN PELAGA

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis dan bentuk ekor ikan laga. Tetapi pada kali ini saya akan terangkan serba sedikit mengenai beberapa jenis bentuk ekor ikan laga yang biasanya dipertandingkan. Antaranya ialah: 
Halfmoon (HM)


Halfmoon merupakan antara jenis yang paling diminati ramai. Ekornya yang panjang dengan bukaan 180 darjah kelihatan seolah-olah seperti separa bulan. Halfmoon merupakan antara ikan laga yang mempunyai nilai yang tinggi. Ini kerana Halfmoon yang berkualiti agak sukar untuk dihasilkan. Halfmoon yang berkualiti sekurang-kurangnya mestilah mempunyai ekor yang semetri dengan bukaan ekor belakang tidak kurang dari 180 darjah




Penjagaan secara komersial agak rumit.


Sebenarnya penjagaan ikan laga ini agak rumit dan cerewet terutamanya dari segi penjagaan air dan makanan yang merupakan dua aspek penting dalam memastikan peratus hidup anak-anak ikan laga tinggi. Air, contohya perlu digantikan dua hari sekali manakala makanan pula perlu diberikan sebanyak dua kali sehari.
Selain perlu memastikan kandungan air yang tidak terlalu banyak, ia juga perlu bebas daripada klorin sama ada menggunakan teknologi penapis atau ubat anti klorin yang boleh didapati di pasaran. Sekiranya menggunakan air paip biasa pula, ia perlu dibiarkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya selama 2 hingga 3 hari sebelum boleh digunakan.
Makanan pula diberikan pada sebelah pagi dan petang sama ada cacing merah atau jentik-jentik. Cacing merah ini juga boleh didapati di mana-mana kedai ikan hiasan dalam bentuk tablet dan perlu dibasahkan dahulu sebelum diberikan kepada ikan laga. Bagaimanapun,  tidak diggalakkan ikan laga diberi makan pallet kerana ia boleh menjejaskan kualiti air.
Ikan laga jantan lebih cantik dan lebih besar daripada betina dan kebiasaannya proses mengawan akan berlaku sebaik ikan laga mencapai umur kira-kira tiga bulan. Untuk tujuan mengawan, ikan laga jantan dan betina akan diletakkan di dalam bekas yang sama selama kira-kira dua hingga tiga hari dan proses mengawan dipastikan berlaku apabila ikan laga betina menjauhkan diri dari ikan laga jantan.
Ketika ini, ikan laga betina akan diasingkan dan ikan laga jantan akan dibiarkan menjaga telur-telur ikan tersebut di dalam buihnya sehingga menetas iaitu kira-kira beberapa hari kemudiannya. Sebaik menetas anak-anak ikan itu yang berjumlah beratus-ratus ekor akan diasingkan bagi mengelakkan ia di makan oleh ikan jantan dewasa dan diletakkan di dalam bekas yang lebih besar.

Harga Ikan Pelaga


Harga yang paling tinggi yang pernah dicatat setakat ini, seekor ikan laga pada harga RM250 iaitu gred terbaik manakala ikan laga pada harga pertengahan pula mencecah sehingga RM100 hingga RM200.

Kenapa ikan laga mendapat sambutan??


Ikan laga mendapat sambutan yang menggalakkan ekoran kecantikan dan keunikan warna serta corak yang terlukis pada sayapnya dan harganya semakin tinggi sekiranya kedua-dua faktor tersebut semakin terserlah. Sayap ikan laga itu juga semakin menghampiri bentuk separuh bulan iaitu seperti kipas yang sangat cantik pada usia dua setengah bulan sehingga empat bulan iaitu tempoh yang paling cantik dan ditunggu oleh peminatnya.

LAGA BERAMAI-RAMAI!!!



CARA BERNAFAZ


Ikan pelaga, sama seperti ikan lain mempunyai insang. Ia dapat menapis oksigen dalam air. Walaupun begitu, ikan pelaga juga mempunyai organ yang dikenali sebagai organ labyrinth iaitu tulang dari insang baris pertama mempunyai salur vascular tambahan. Ini membolehkan ikan pelaga mengambil oksiden terus dari udara. Sebab itulah anda dapat lihat ikan pelaga berenang ke permukaan untuk mengambil udara. Organ labyrinth membantu ikan pelaga menyerap oksigen dari udara terus ke dalam salur darah. Ini membolehkan ikan pelaga tahan jika ia dikeluarkan dari air untuk beberapa ketika. Ikan yang tidak dapat berenang ke permukaan akan mati lemas. Organ labyrinth hanya berfungsi apabila ikan besar. Benih ikan (fry) bernafas sepenuhnya menggunakan insang.

PEMAKANAN IKAN PELAGA

Ikan pelaga mempunyai muncung mulut menghala ke arah atas, satu ciri ikan karnivora yang makan di permukaan air. Dalam paya, ikan pelaga memakan zooplankton, jentik-jentik, cengkerik, dan belalang. Ikan pelaga yang mempunyai makanan yang cukup mempunyai warna yang lebih terang serta pulih dengan lebih cepat jika cedera ketika berlaga. Lazimnya ikan pelaga diberi makan pelet yang mengandungi udang, isi ikan, bloodworm, dan vitamin. Ikan pelaga boleh juga diberi makan bloodworm (hidup atau telah dibekukan), udang baring , artemia atau dafnia. Untuk bekalkan serat, ada orang memberi ikan pelaga mereka memakan sayur berprotin seperti kacang soya, jagung, brokoli, atau lobak yang digilis lumat

Thursday 18 August 2011

AMARAN

AMARAN:
1. Jangan meletakkan apa - apa batu di dalam tanki mengawan
2. Tumbuhan amat penting
3. Selepas mengawan , ikan jantan akan menghalau ikan betina dari sarang - sarangnya. Pada masa ini , eloklah jika ikan betina DIAMBIL KELUAR dari tanki tersebut
4. Selepas anak ikan berenang bebas , KELUARKAN IKAN JANTAN dari tanki tersebut. Anak ikan akan membesar di dalam tanki mengawan itu.

TENTANG IKAN PELAGA


Ikan pelaga juga dikenali sebagai ikan sekilau adalah salah satu dari ikan hiasan air tawar yang popular di Malaysia. Ikan ini dikenali dengan nama sains, Beta splendens. Dalam Bahasa Inggeris, ikan ini disebut "siamese fighting fish". Ada banyak spesi ikan pelaga. Jenis tempatan tidak mempunyai sirip yang panjang. Jenis yang mempunyai sirip yang panjang berasal dari Sungai Mekong. Sebab itulah ikan ini dikenali sebagai “Sekilau Siam” atau “Siamese fighting fish’. Di sekitar Sungai Mekong ikan ini dikenali sebagai pla-kad atau pla-kat yang bermaksud ikan menggigit dalam Bahasa Siam. Jangan salah tanggapan bahawa nama saintifiknya berasal dari perkataan Yunani ‘Beta’. Sebenarnya Betta bukan berasal dari perkataan Yunani. Ia sebenarnya berasal dari perkataan ‘Ikan bettah’. Ikan pelaga mempunyai panjang kira-kira 6 cm. Ada juga jenis yang mencapai sehingga 8.0 cm. Akhir-akhir ini, ada juga pembiak yang berjaya menghasilkan ikan yang melebihi 8 cm. Walaupun ikan pelaga dikenali dengan warna yang pelbagai dengan sirip yang panjang, jenis asal mempunyai sirip yang pendek dengan warna yang kurang terang, iaitu kehijauan dan perang tua. Ikan pelaga dari jenis ini masih boleh ditemui dalam paya di sekitar Malaysia. Kini jenis yang lebih popular mempunyai warna yang terang dengan sirip yang panjang. Jenis yang popular ialah veiltail, delta, superdelta, dan halfmoon. Ikan pelaga adalah ahli kumpulan ikan sepat (Gourami) (keluarga Osphronemidae) dalam order Perciformes. Sebelum ini ia diklaskan bersama Anabantidae. Ada lebih dari 50 jenis betta yang lain, misalnya ikan Karim. Bagaimanapun, Betta splendens adalah jenis yang paling popular di kalangan penggemar ikan hiasan.

PANDUAN MEMELIHARA BETTA


Pada asalnya Betta memerlukan air dengan pH rendah sekitar 5-6.5 untuk hidup dengan baik. Kini kebanyakan Betta yang dihasilkan secara komersial di negara kita telah dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai pH air. Bekalan air domestik yang neutral juga sesuai untuk ternakan Betta. Ikan jantan yang terpilih boleh dipelihara dalam botol minuman kecil secara individu untuk mengelakkan dari dicederakan oleh ikan yang sejenis dengannya. Ikan betina boleh dipelihara bersama ikan-ikan lain yang toleran seperti Rasbora, Angel dan neon tetra. Elakkan dari ikan yang gemar menggigit sirip ikan lain (fin nipper) seperti half-red eye tetra, atau tiger barb.
Betta ialah sejenis omnivor dan boleh diberi sebarang makanan termasuk plankton, cacing, jejentik dan pellet. Ia adalah ikan tahunan (annual fish) dan hayatnya lebih kurang satu atau dua tahun. Adalah tidak digalakkan untuk mengeluarkan wang ratusan atau ribuan ringgit hanya untuk membeli seekor ikan yang diidamkan. Berbeza pula jika anda membelinya untuk dijadikan induk yang bakal mengeluarkan hasil berlipat kali ganda.

PERLU DIAMBIL KIRA SEMASA MEMBIAKKAN BETTA


Jika ikan betina belum bersedia, ikan jantan akan mencederakannya sehingga mati. Jika ikan jantan belum bersedia menerima ikan betina atau sarang buihnya belum siap disediakan ianya juga akan bertindak ganas terhadap ikan betina. Sebaliknya jika betina telah bersedia tetapi jantan belum lagi, ikan betina pula akan bertindak agresif terhadap ikan jantan. Sekiranya jantan masih belum menyiapkan sarangnya kadang kala betina akan melepaskan telurnya tanpa disenyawakan oleh ikan jantan.

Langkah-langkah untuk membiakkan Betta:



Tidak kira sama ada jenis biasa atau ?fancy? asas membiakkan Betta adalah serupa. Berikut dinyatakan beberapa langkah untuk membiakkan Betta:

1. Pra pembiakan (Conditioning)
Induk jantan dan betina diasingkan, seekor jantan dipelihara di dalam sebuah bekas sementara betina di dalam akuarium secara komuniti. Pelbagai makanan boleh diberikan tetapi keutamaan ialah makanan hidup seperti Moina, ?tubifex worm? atau ?blood worm?.

2. Penyediaan tangki Pembiakan
Tangki berukuran 12?x10?x10? adalah memadai. Tangki diisi separuh penuh dengan air - air paip atau air hujan yang telah diheningkan. Di bahagian bawah tangki diletakkan satu keratan paip PVC 6? untuk induk betina bersembunyi ketika induk jantan bertindak aggresif.

3. Mencampurkan Induk
Mula-mula induk jantan dimasukkan ke dalam tangki pembiakan. Apabila ia telah membina sarang buih, ini menunjukkan kesediaanya untuk membiak. Untuk menggalakkan proses ini ikan betina boleh dimasukkan di dalam sebuah botol dan diletakkan di dalam tangki pembiakan untuk merangsang ikan jantan.

4. Membuat Sarang Buih
Ikan jantan membuat sarang buih dengan mengambil udara atmosfera dan menghembuskan satu buih yang berbaur dengan mucus dari dalam mulutnya. Buih-buih kekal ini atau bercantum antara satu sama lain membentuk segumpal sarang. Pada mula diperkenalkan akan berlaku pergaduhan antara induk jantan dan betina. Sehingga pada satu ketika apabila kedua-dua induk telah bersedia mengawan, ianya akan berada di bawah sarangnya dan mulai mengawan.

5. Pengawanan
Semasa mengawan ikan jantan dan betina akan membelitkan badannya antara satu sama lain. Ikan jantan akan memusingkan badan ikan betina beberapa kali sehingga telur matang dikeluarkan dan serentak dengan itu ikan jantan mensenyawakannya. Telur tersenyawa tenggelam ke dasar tangki. Ikan jantan memungutnya dan menghembuskannya ke dalam sarang buih. Buih yang rosak akan terus dibaiki oleh ikan jantan. Proses ini akan berulang-ulang dan mengambil masa 1 hingga 1? jam.

6. Penjagaan Telur
Sebaik sahaja selesai mengawan induk betina perlu dikeluarkan dari tangki pembiakan dan dirawat sekiranya mengalami kecederaan. Biarkan induk jantan mengawasi telur sehingga menetas.

7. Penjagaan Fry
Telur menetas selepas 24-30 jam. Ikan jantan sentiasa mengawasi sarangnya, membina semula sarang yang rosak, menangkap fry yang terlepas dan memasukkan semula ke dalam sarang. Selepas 3 hari fry akan berenang dan perlu diberi makanan. Makanan pertama terbaik untuknya ialah makanan semula jadi yang terdapat dalam air hijau (green water) yang boleh didapati dari air ternakan ikan seperti tilapia / keli yang telah lama. Kaedah lain ialah dengan menyediakan brine shrimp nauplii (Artemia) yang baru menetas. Setelah berumur 5 hari boleh diberi makanan rumusan berbentuk serbok. Fry berumur 7-10 hari perlu dipindahkan ke dalam tangki pemeliharaan yang lebih besar untuk pembesaran dengan diberi makan moina atau ?blood worm? yang dicincang. Tangki pemeliharaan tidak perlu diberi pengudaraan.

8. Pengasingan / Pembotolan
Setelah berumur 3 bulan ikan jantan mulai aggresif dan perlu diasingkan secara individu di dalam botol. Ikan betina boleh dipelihara dalam tangki secara komuniti. Untuk penghasilan komersial perlu dipastikan ruang yang mencukupi dan bekas yang banyak untuk menyimpan jantan.

Cara memelihara dan membiakkan Ikan laga




Minat memelihara ikan hiasan sentiasa berubah mengikut keadaan zaman. Sejak kebelakangan ini ikan laga (Betta) mendapat tempat di hati peminat ikan tidak kira dari kanak-kanak sehingga golongan dewasa. ?Trend? semasa ialah mendapat jenis ?fancy? untuk dijadikan hiasan atau dipertandingkan. Seekor ikan baka baru yang istimewa mencapai harga ribuan ringgit.

Betta splendens ialah nama saintifik yang diberi oleh Bleeker pada tahun 1850 diambil dari perkataan Jawa iaitu ?Wader Bettah?. ?Bettah? bermaksud sifatnya yang tahan lasak. Sebagai ikan yang membina sarang buih ketika membiak ikan jantan lebih menunjukkan sifat ?parental care? mengawasi anaknya sehingga mampu hidup sendiri.

Untuk membiakan ikan ini tidaklah terlalu sulit. Ianya dapat dijalankan sebagai aktiviti sambilan. Keperluan untuk membiakkanya ialah seperti tangki pembiakan, tangki pembesaran, sedikit ruang untuk memeliharanya disamping pengetahuan asas penjagaan induk dan frynya. Ramai orang telah berjaya membiakkannya baik secara sambilan, sepenuh masa atau komersial. Masing-masingnya ada teknik dan rahsianya tersendiri.

Jenis Ikan PElaga






Wednesday 17 August 2011

Bagaimana membezakan antara Ikan Pelaga Jantan dan Ikan Pelaga Betina?

                                            Ikan pelaga betina


Secara amnya, ikan pelaga jantan memiliki warna yang lebih cerah dan lebih menarik, sirip dan ekornya lebih panjang, sirip punggung dan perut lebih lebar serta ukuran badannya lebih kecil dan perutnya lebih nipis. Manakala ikan pelaga betina pula mempunyai warna yang gelap sedikit, sirip dan ekornya pendek serta perutnya yang agak kembung.

tentang ikan pelaga II

Ikan Pelaga (betta splendens) dari Malaysia merupakan salah satu jenis ikan pelaga yang terbaik di Asia Tenggara khususnya. Terdapat dua jenis ikan pelaga iaitu ikan pelaga hiasan dan ikan pelaga lawan. Ikan Pelaga Hiasan memiliki ciri-ciri seperti badan yang cantik, sirip yang lebar serta panjang dan warna badan yang menarik. Manakala Ikan Pelaga Lawan pula mempunyai sirip dan ekor yang pendek, kepala besar, rahang dan gigi yang kuat, dan ketahanan badan yang kuat.
                                               Ikan Pelaga Lawan    

Tuesday 16 August 2011

pembiakan ikan pelaga

                           (Contoh ikan pelaga jantan yang membina sarang buih di dalam tanki mengawan)                                                       

 Ikan pelaga betina mempunyai warna yang pudar berbanding dengan ikan pelaga jantan. Di bahagian belakang ikan pelaga betina terdapat liang putih yang dikenali sebagai ovipositor, berdekatan degan anus. Selepas mengawan, ikan betina menghasilkan 100hingga500 telur. Ikan pelaga betina mesti diasingkan kerana ia akan memakan telur sendiri. Ikan pelaga jantan menghasilkan sarang buih. Selepas mengawan, ikan pelaga jantan kutip telur dan meletakkannya ke dalam sarang buih. Benih ikan menetas dalam masa dua hari. Tiga hari selepas itu, benih-benih tersebut akan berenang dengan bebas. Pada masa ini, ikan pelaga jantan perlu diasingkan kerana ia akan memakan benih tersebut.

Cara pembiakannya dengan menyediakan:

1. Bekas plastik 10 gelen
2. Kabus / Foam Cup
3. Serombong plastik
4. Sepasang ikan pelaga (betina dan jantan)
5. Pokok akuatik (tiruan atau hidup)

Pilih pasangan ikan pelaga yang tidak terlalu tua. Jika ikan pelaga yang dipilih terlalu tua , ianya kurang reproduktif dan tidak mempunyai tenaga untuk mengawan. Setelah memilih pasangan , berinya makan selama seminggu. Berikan lebih makan kerana ia dikehendaki kurangkan makan semasa proses mengawan di jalankan. Selepas diberi makan , sediakan tanki mengawan. Letakkan serombong plastik beserta dengan air di dalam tanki tersebut. Ia digunakan untuk meletakkan ikan betina di dalamnya jadi ikan jantan tidak boleh menggigitnya sebelum ikan betina sudah bersedia untuk mengawan. Kemudian , letakkan air di dalam tanki tersebut. Tanki tersebut diisi tidaklah terlalu penuh. Kemudian , letakkan kabus atau foam cup. Jika anda menggunakan foam cup , potong separuh foam cup tersebut. Dan letakkannya di permukaan tanki yang sudah diisi airnya. Ia akan berbentuk seperti "terowong". Ia digunakan untuk ikan jantan membina sarang buihnya. Letakkan tumbuhan akuatik tiruan atau hdup. Tumbuhan yang hidup lebih baik (e,g: Kiambang) kerana ia mempunyai nutrien - nutrien yang bagus untuk tumbesaran anak ikan. Tumbuhan juga penting untuk ikan betina menyorok apabila digigit ikan jantan.

Letakkan ikan jantan ke dalam tanki mengawan terlebih dahulu. Tunggu selama 1 jam supaya ikan jantan boleh menyesuaikan diri di dalam tanki mengawan yang ada sediakan. Kemudian , letakkan ikan betina ke dalam serombong tersebut. Ikan jantan akan mengembangkan ekor dan membina sarang buih. Selama seminggu , anda akan melihat garisan vertikal di perut ikan betina. Ini tanda persediaan ikan betina untuk mengawan. Ovipositor ikan betina akan lebih putih dari sebelumnya. Garisan vertikal yang terdapat di ikan betina boleh dilihat jika ikan pelaga berwarna gelap. Untuk lebih jelas lagi , pada waktu malam , suluhkan lampu pada perut ikan betina. Garisan vertikal tersebut lebih mudah dilihat. Selepas ikan betina sudah sedia , lihat ikan jantan pula. Ikan jantan akan membina banyak sarang buih. Jika sarang buih mencukupi , lepaskan ikan betina. Jika tiada mengawan dijalankan , dan tentu ikan jantan akan menggigit ikan betina. Letakkan ikan betina di dalam serombong semula. Jika ikan jantan sedia untuk mengawan , dia akan menghalau ikan betina ke bawah sarang - sarangnya. Kemudian dia akan mengawan seperti di dalam video tersebut. Mengawan mesti dijalankan beberapa kali dalam beberapa jam. Selepas 2 hari , anak ikan pelaga yang teramat kecil akan berenang bebas. Pada masa ini eloklah jika ikan jantan di alihkan dari tanki mengawan.

AMARAN:
1. Jangan meletakkan apa - apa batu di dalam tanki mengawan
2. Tumbuhan amat penting
3. Selepas mengawan , ikan jantan akan menghalau ikan betina dari sarang - sarangnya. Pada masa ini , eloklah jika ikan betina DIAMBIL KELUAR dari tanki tersebut
4. Selepas anak ikan berenang bebas , KELUARKAN IKAN JANTAN dari tanki tersebut. Anak ikan akan membesar di dalam tanki mengawan itu.

cara bernafas

Ikan pelaga, sama seperti ikan lain mempunyai insang. Ia dapat menapis oksigen dalam air. Walaupun begitu, ikan pelaga juga mempunyai organ yang dikenali sebagai organ labyrinth iaitu tulang dari insang baris pertama mempunyai salur vascular tambahan. Ini membolehkan ikan pelaga mengambil oksiden terus dari udara. Sebab itulah anda dapat lihat ikan pelaga berenang ke permukaan untuk mengambil udara. Organ labyrinth membantu ikan pelaga menyerap oksigen dari udara terus ke dalam salur darah. Ini membolehkan ikan pelaga tahan jika ia dikeluarkan dari air untuk beberapa ketika. Ikan yang tidak dapat berenang ke permukaan akan mati lemas. Organ labyrinth hanya berfungsi apabila ikan besar. Benih ikan (fry) bernafas sepenuhnya menggunakan insang.

makanan ikan pelaga

Ikan pelaga mempunyai muncung mulut menghala ke arah atas, satu ciri ikan karnivora yang makan di permukaan air. Dalam paya, ikan pelaga memakan zooplankton, jentik-jentik, cengkerik, dan belalang. Ikan pelaga yang mempunyai makanan yang cukup mempunyai warna yang lebih terang serta pulih dengan lebih cepat jika cedera ketika berlaga. Lazimnya ikan pelaga diberi makan pelet yang mengandungi udang, isi ikan, bloodworm, dan vitamin. Ikan pelaga boleh juga diberi makan bloodworm (hidup atau telah dibekukan), udang baring , artemia atau dafnia. Untuk bekalkan serat, ada orang memberi ikan pelaga mereka memakan sayur berprotin seperti kacang soya, jagung, brokoli, atau lobak yang digilis lumat.

tentang ikan pelaga


Ikan pelaga juga dikenali sebagai ikan sekilau adalah salah satu dari ikan hiasan air tawar yang popular di Malaysia. Ikan ini dikenali dengan nama sains, Beta splendens. Dalam Bahasa Inggeris, ikan ini disebut "siamese fighting fish". Ada banyak spesi ikan pelaga. Jenis tempatan tidak mempunyai sirip yang panjang. Jenis yang mempunyai sirip yang panjang berasal dari Sungai Mekong. Sebab itulah ikan ini dikenali sebagai “Sekilau Siam” atau “Siamese fighting fish’. Di sekitar Sungai Mekong ikan ini dikenali sebagai pla-kad atau pla-kat yang bermaksud ikan menggigit dalam Bahasa Siam. Jangan salah tanggapan bahawa nama saintifiknya berasal dari perkataan Yunani ‘Beta’. Sebenarnya Betta bukan berasal dari perkataan Yunani. Ia sebenarnya berasal dari perkataan ‘Ikan bettah’. Ikan pelaga mempunyai panjang kira-kira 6 cm. Ada juga jenis yang mencapai sehingga 8.0 cm. Akhir-akhir ini, ada juga pembiak yang berjaya menghasilkan ikan yang melebihi 8 cm. Walaupun ikan pelaga dikenali dengan warna yang pelbagai dengan sirip yang panjang, jenis asal mempunyai sirip yang pendek dengan warna yang kurang terang, iaitu kehijauan dan perang tua. Ikan pelaga dari jenis ini masih boleh ditemui dalam paya di sekitar Malaysia. Kini jenis yang lebih popular mempunyai warna yang terang dengan sirip yang panjang. Jenis yang popular ialah veiltail, delta, superdelta, dan halfmoon. Ikan pelaga adalah ahli kumpulan ikan sepat (Gourami) (keluarga Osphronemidae) dalam order Perciformes. Sebelum ini ia diklaskan bersama Anabantidae. Ada lebih dari 50 jenis betta yang lain, misalnya ikan Karim. Bagaimanapun, Betta splendens adalah jenis yang paling popular di kalangan penggemar ikan hiasan.